Setiap orang mengimpikan bakal suami/isteri yang amat memahami mereka. Tapi itulah namanya jodoh. Sahabatku pernah berkata, “Kadang-kadang jodoh yang datang itu tak disangka-disangka”, Said Daiyo.

Setiap orang mengimpikan bakal suami/isteri yang amat memahami mereka. Tapi itulah namanya jodoh. Sahabatku pernah berkata, “Kadang-kadang jodoh yang datang itu tak disangka-disangka”, Said Daiyo.

Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan Harga Minyak sebanyak 41% bermula hari ini. Kenaikan itu menyebabkan semua stesen minyak di negara ini mengalami kesesakan kerana pengguna mengambil peluang yang ada untuk mengisi minyak sebelum harga dinaikkan.

Stesen Minyak Shell di Jalan Langgar, Alor Sta, Kedah.

Stesen Minyak di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Star, Kedah .
Gambar dirakam sewaktu perjalanan ke Nasmir. TT ngan Daiyo.
Di waktu hampir senja aku didatangi ayarx bertemankan Cendol dan Pasembor maklum. Selesai makan-makan, ayarx meninjau2 di luar rumahku, dan dia ternampak menatang yang dia cari-cari selama ini iaitu LadyBird. Ada 3, 4 ekor. Tetapi perhatianku teralih kepada satu labah-labah yang cute. Aku tanya nama, dia jawab dengan loghat Terengganu “nama saya Minah Puteh”. Kemudian kami mintak izin untuk memotret beliau. Dengan menggunakan Nikon D80 + Tamron 17-50mm + Raynox kepunyaan Ayarx. Ayarx mengshoot Minah Puteh tanpa rasa jemu. Sementara aku bertindak sebagai lelaki cahaya.


Akhirnya shoot gak aku dua orang nie…hehehehe…loving couple sungguh.Asal jumpa dua orang ni, motivasi untuk aku kahwin membuak-buak. hehehehe… Semoga berbahagia hingga ke syurga.


Tahniah buat kawan baik saya Syaharil kerana selamat diijabkabulkan dengan Shahida pada 18 Mei 2008. Hari tu saye jadi pengapit. First time ma. Best gak.Tapi takde masalah kan pengapit usung DSLR. *winks*