Terbaca di dalam salah satu media alternatif yang popular di internet, Malaysiakini.com, menyatakan bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kawasan itu.
Sebelum ini kita diomokkan bahawa Anwar mungkin akan bertanding di Bandar Tun Razak dan berkemungkinan besar bertanding di Bandar Baharu Kulim. Pasca PRU ke-13 yang lepas juga kita terdengar desas desus mengatakan Wan Azizah akan melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh. Ternyata Anwar lebih berminat bertanding di “gelanggangnya” sendiri. Memandangkan juga boleh dikatakan Permatang Pauh adalah kubu kuat bagi Parti Keadilan Rakyat, peratus untuk Anwar menang adalah amat besar.
Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, adakah sempat Anwar bertanding di Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh tatkala Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Dalam Negeri menyatakan polis selesai melakukan siasatan laporan Saiful Bukhari? (lagi perbincangan)
Siapakah yang akan mencabar Anwar sekiranya Anwar bertanding? Adakah UMNO merestui “impian” Ezam untuk mencabar Anwar?
Sama-sama kita nantikan.
Gambar dari malaysiakini.com
Popularity: 69% [?]























Sekiranya Ezam bertanding, rasanya peluang masih di tangan Datuk Seri Anwar..