
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Dah berakhir dah musim kahwin. Sekarang musim Pilihanraya pulak.
Ok. Tentang tajuk di atas. Hehehe..Actually itu adalah Laluan perjalanan aku balik Penang.
Ada pengalaman baru yang aku dapat.
Ceritanya begini. Khamis lepas aku bertolak dari Mambau ke stesen keratapi Seremban. Shahril yang hantar aku. Lepas ambil tiket komuter. Aku menuju terus ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral aku berjanji untuk berjumpa dengan senior aku kat Jambi dulu. Kak Faezah namanya. Salah seorang mangsa Tsunami di Acheh. Sembang punya sembang. jam dah menunjukkan 8.45 malam. Tiket keratapi aku ke Butterworth 8.45 malam. Bila aku nak turun platform 1 sambil bertanya.
“Ekspress Langkawi dah ready ka?”
Seorang lelaki berbangsa Cina menjawab. “Itu train sudah jalan ooo”…
Aku menjawab, “Ha? betul ke?” setelah mendapat kepastian. aku terus gi ke kaunter KTM. nak dapat kepastian Train tu akan berhenti di stesen mana lagi. Ok. Train berhenti kat Rawang 9.30 malam. Kat tanjum Malim 10.20 malam. Terus aku amik teksi ke Rawang. Pemandu teksi yang ramah. “adik, Kalau Jalan Kuching sesak, kita tak leh sampai Rawang 9.30 malam.” Aku membalas. “Takpe, kita cuba dulu”. Dan ternyata Jalan Kuching sesak teruk. Pastu aku terus ambil keputusan nekad dan tersenyum, kita terus ke Tanjung Malim. “Tapi adik bayaran dia sekian sekian”. “Takpe, nak wat camne. Boleh jadikan nie pengalaman.hehehehe” Perjalanan amik masa satu jam. Aku isikan masa satu jam tu dengan bersembang dengan Pemandu Teksi tu dan bertukar pendapat.
Tepat jam 10.05 minit malam aku sampai di Stesen Keretapi Tanjung Malim. Train dari KL Sentral sampai pukul 10.23 malam. Aku selamat menaiki train sampai ke Butterworth dan ambil teksi lagi untuk sampai ke rumah.
Pengalaman kan? nanti kalau orang tanya, pernah tertinggal keretapi? pernah!!..hahaha
Patut la hari tu aku rase macam nak terlepas train je. dan aku terbayang-bayang kalau aku terlepas train apa yang aku nak buat. hehehe.
Moral of the story: Waktu berlepas yang tertera di tiket keretapi bukan waktu untuk anda ‘check in’. Ingat flight ke pe? hahaha..
p/s: gambar di atas bukan waktu kejadian.
Popularity: 3% [?]























along…soryyyyy banget…sian along…