Assalamualaikum. Diharap semua masih “bersemangat” untuk menjalani ibadah puasa. Agak tertekan akhir-akhir ini dan Insyaallah akan pulih setelah di ceramah dan di beri semangat oleh kawan-kawan.
Di bulan Ramadhan umat Islam di Malaysia khususnya dan Rakyat Malaysia amnya, dilambakkan dengan pelbagai juadah berbuka puasa. Ini dapat dilihat setiap kali tibanya bulan Ramadhan, banyak bazar Ramadhan akan tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat pelbagai pilihan makanan dari kuih-muih, bermacam-macam jenis air, lauk pauk dan sebagainya. Tetapi kadangkala kita terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli juadah, sehingga kadang-kadang membawa kepada pembaziran.
Beringatlah dalam berbelanja. Ingat poket dan kesihatan. Bersederhanalah dalam segala hal, termasuklah dalam hal makan.
Tatkala menunggu masuknya waktu berbuka puasa tadi, sempat saya snap beberapa keping gambar juadah kami berbuka hari ini.



Popularity: 3% [?]























aku skrg buker..NO RICE!ahakz..diet serius