Apa khabar Doktor, Jururawat, Tentera, Polis, WArtawan, Jurugambar, dan semua orang yang bekerjaya di luar sana?
Anda cinta pada kerjaya anda? ADakah anda bahagia dengan kerjaya anda? anda melakukan kerja anda dengan senang hati? Bagus klu anda minat dengan kerjaya anda. Bagi saya, jika anda hendak melakukan sesuatu pastikan ia adalah minat anda. Coz klu anda bekerja tanpa minat, kemungkinan hasil kerja anda tidak hebat dan luar biasa. Pujuk diri untuk mencintai kerjaya anda. Tetapi perlu diingat, cinta kepada kerjaya tanpa melupakan atau melalaikan Cinta kepada Yang Lebih Hak.. kerana Dia lah yang memberikan kita kerjaya dan rezeki… Pesanan untuk diri saya sendiri yang lemah.

Riak muka ikhlas seorang pemuzik jalanan tatkala menerima wang hasil persembahannya.
-Jogjakarta, Indonesia.
Sekarang ini kita banyak mendengar cerita tentang pekerja yang apabila ditanya tentang pilihan kerjaya mereka, mereka hanya menjawab, “Aku hanya mendapat kerja ini. Jadi, aku kerjalah dulu. Tu lebih baik daripada tak bekerja langsung!”
Fenomena ini agak menyedihkan. Sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda minati, anda tidak mungkin berpeluang untuk mengeksploitasikan kebolehan anda. Hal ini juga merupakan satu ‘pembaziran’ sumber manusia dan boleh mengakibatkan rasa kekosongan dan kekecewaan pada diri anda.
Kebanyakan individu akan cenderung untuk memilih pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi atau bekerja di syarikat yang lebih stabil sebagai pengisian untuk jangka masa pendek. Namun, yang membimbangkan ialah kesannya untuk jangka masa panjang. Bayangkan anda terpaksa melakukan kerja yang tidak anda suka untuk bertahun-tahun lamanya!
Terdapat dua perkara penting yang harus anda ketahui sebelum anda memilih sesuatu kerjaya.
1. Anda harus mengenali diri anda sendiri.
2. Anda harus mengetahui peluang yang ada untuk anda di pasaran kerja.
Terdapat 3 aspek yang boleh digunakan untuk mengenali diri anda.
1. Aspek kebolehan - apa yang mampu menyerlahkan kebolehan dan kekuatan diri anda
2. Aspek personaliti - apa yang sesuai dengan perlakuan dan cara hidup anda
3. Aspek motivasi - apa yang dapat merangsang pemikiran dan minat anda
Jika semua aspek ini digabungkan, gambaran tentang sejauh mana anda akan berjaya dalam sesuatu bidang dapat diberikan, dengan syarat anda berusaha dengan gigih dan banyak berdoa kepada Allah. InsyaAllah.
Comment yang sangat bernas dari saudara Saupix
written by mikagami
\\ tags: cinta kerja, Kerjaya, minat